Kelas Asas Usahawan
19 Jun 2016| Aktiviti Terkini
Pusat Internet 1 Malaysia Lubok Antu mengadakan kelas asas usahawan pada 18 Jun bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Lubok Antu.Tujuan kelas ini di adakan memperkenalkan asas-asas keusahawanan dimana peserta diberi pengetahuan tentang cara elan pemasaran produk ,mengurus aliran tunai dan berbincang tentang kaedah pemasaran yang dilakukan serta penambahabaikan yang perlu dilakukan.
Peserta terdiri daripada 5 orang usahawan tempatan.Antara aktiviti yang di adakan adalah pengenalan kepada aktiviti perniagaan yang dijalankan setiap peserta dan sesi soal jawab berkaitan dengan cara pemasaran dan pengurusan keuntungan para peserta dan membuat perbincangan mengenai cara pemasaran yang berkesan serta pengurusan keuntungan dengan lebih terperinci.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: